Showing posts with label beautiful day. Show all posts
Showing posts with label beautiful day. Show all posts

30 December 2008

blowing hearts~bye semua

Bukan dunia baru tapi tahun baru,kalau berdasarkan kalendar islam
kita sudahpun memasuki tahun baru dari 1429 hijjrah ke 1430 hijjrah
masih tidak terlewat untuk saya ucapkan
Salam Maal Hijjrah buat semua :)
Alhamdullilah,saya masih dapat bernyawa di bumi Allah pada tahun yang baru ini
banyak pekara yang akan berlaku pada tahun baru ini...terlalu banyak
sehingga memerlukkan kekuatan diri yang kuat~hope saya tabah menghadapinya...hiyarkkkkkk

6 hari saya tidak berblog kerana saya sibuk mengguruskan persiapan Walimatul'urus
Namun,banyak pekara yang berlaku dan bakal menggubah hidup saya
Alhamdullilah,semuanya berjalan dengan lancar & teratur
2 pasangan kekasih selamat diijab kabul & sudah menjadi suami isteri yang sah
A big Congratulation to my cousins ~ hope hepi always. Amin


~pic akan saya update tapi saya sendiripun tidak tahu bila akan saya update [ngapa ndak tau ya]~

Saya besar kemungkinan juga akan berhenti berblog untuk jangka masa saya sendiri tidak ketahui
mungkin seminggu, mungkin sebulan, mungkin setahun ~ mungkin hari ini hari terakhir @ mungkin esok [ye mari bertepok tangan...kurang dah blog yang buhsan]
kerna saya akan sibuk mengguruskan sesuatu dan kemungkinan di tempat baru nanti saya sukar untuk online
saya sedih lor tapi dalam kesedihan ini saya gembira ~ Alhamdullilah. Amin
hope saya tetap diingati bila saya muncul semula :( nak nages....sb sedey plak
maaf andai sepanjang saya berblog ada kata-kata yang mengguriskan hati ya

~ mungkin saya akan jadi silent reader je kot.

22 December 2008

beautiful day

Selamat Pengantin Baru Cmie & Linda
semoga berkekalan sehingga akhir hayat :)
20.12.08,sepupu saya telah selamat melangsungkan perkahwinan dengan buah hatinya

Linda, Welcome to my family


Dalam bulan ini saya agak sibuk menggurus & turut menyibukkan diri dalam urusan perkahwinan
Mulai lusa,saya sudah start bercuti.. :D bukan saya mahu kawen tapi juz mahu menolong mengguruskan wedding cousin ni:)


nama pun pi menghantar pengantin
per lagi kalau tugas kitaorang,tolong bawa hantaran
hai..bila lagila orang nak bawa hantaran kita ~ mau ka?
sebelum kami berarak
acara wajib perlu dilakukan~"tangkap gambar"
sambil menangkap gambar,saya bagi petua kat my cousin. kalau nak muka kita banyak dalam gambar. Berdirila tepi pengantin tapi my kazen tak mau sebab dia kata dia sekarang tak lawa ~ tu yang tengah pregnant. okeh per..hanya saya je yang sanggup buat camtu sebab yang lain tengah tahan macho
pastu muka ni dah takde dalam pic sebab tiap kali ada yang kawen, muka ni la kena jadi photographer tak bertauliah =^pastu bila nak cuci,semua serbu kat muka ni. okeh..tunggu sampai saya buka kedai gambar ya~tunggula sampai lembu kawen dengan kucing

** tadi masa nak datang kerja,time nak bayar tambang.Uncle rapid tak mau amek. Ingatkan kat kita je..rasa besh lor..Rupa-rupanya kat semua penumpang dia buat gitu.Tarik beg tutup muka




18 December 2008

tawen

SeLamAt PenGanTin BarU

FarAh & HaFiz
14.12.08
SeMoGA BeRBahGia HinGgA Ke AkhiR HayAt
=D

17 December 2008

towel cake
























BARANG-BARANG YANG DIPERLUKAN

* jarum peniti

* buah hiasan ~ size kecil

* lidi ~ cucuk di bawah buah hiasan

* reben ~ mengikut kesukaan anda

* tuala ~ size, terpulang kepada anda

* bunga hiasan ~ fresh flowerpun boleh

CARA-CARANYA
1 & 2 lipat towel secara memanjang sebanyak 3 kali

3 gulung tuala sehingga habis dan terbentuk bulat dan kemaskan lipatan dengan jarum peniti

4 hiaskan keliling tuala dengan reben organza mengikut kesukaan anda dengan menyematkan jarum peniti


5 anda boleh hiaskan dengan buah hiasan. Cucukkan lidi di celah lipatan tuala ~ buahan hiasan juga boleh digantikan dengan menggunakan lolipop

6 hiaskan tuala dengan bunga mengikut cara anda



FINISH!!!

HANTARAN UNTUK SEPUPU SAYA

HANTARAN SAYA
SENANG JE KAN ??
SORI, SAYA TIDAK PANDAI M'OLAH AYAT
HOPE, ANDA SEMUA FAHAM :)
GUBAHAN INI JUGA BOLEH DIJADIKAN SEBAGAI GIFT UNTUK TETAMU

16 December 2008

kongsi


start je cuti sekolah
musim kawen & mengikat kasih datang dengan berlumba-lumba
masa ni la, orang mengambil peluang untuk membuat majlis perkahwinan @ pertunangan

tapi perlu diingat
zaman kegawatan ekonomi semakin dekat
so, kita perlula berjimat cermat dari segi hal

bila rakan-rakan saya tengok pic enganged
ramai kata saya punya caremony agak sakan
sebenarnya majlis saya teramatla simple
saya rasa tidak salah saya berkongsi serba sedikit cara belanjawan semasa majlis pertunangan saya
cara ini hanya sesuai untuk majlis bertunang sebab untuk Wedding lebih baik serah pada yang pakar
@
PELAPIK DULANG
@
oleh kerana sebelum ini saya tiada adik beradik yang berkahwin lagi
maka untuk pelapik dulang saya terpaksa sediakan sendiri ~ dimana saya telah buat sendiri dari proses memotong sehinggala proses menjahit ~ teramatla buruk hasil potongan saya :)
paling feed up mengadap mesin jahit yang seperti tidak suka pada saya tapi saya suka hasilnya :)

PHOTOGRAPHER

Photographer saya pada hari itu adalah my lovely cousin Wanie & Mas [bff]
Tens a lot...muaaaxxx. Korang memang berbakatla pada hari itu.Next time bleh tolong lagi yer..:D
semua gambar telah di edit oleh saya sendiri,edit cincai-cincai je

PAKAIAN
@
Ada beberapa orang teman kata baju saya nampak mahal & agak sakan tapi sebenarnya cos menjahit teramatla murah ~ only RM35.00 ~ saya pun agak terkejut,di mana saya telah bajet RM200.00 untuk upah jahit baju ini
Bagi hiasan di tangan & leher, saya jahit labuci sendiri ~ jahit bodoh-bodoh je :)
kalau pakar tengok,sure kena gelak :D

HAND BOUQUET
@
hand bouquet pula, saya gubah sendiri
saya pakai main cucuk sahaja
apa yang perlu saya beli hanya bunga 3 jambak yang berharga RM10.00 & gabus pemegang RM 3.00
hasilnya memang saya suka kalau tak suka
siapa lagi nak sukakan?

MEKAP UP

saya memang tidak terror dalam bab-bab menconteng muka ni
oleh itu saya serahkan kepada yang pakar ~ RM 80.00
kalau saya buat sendiri,lain pula jadi ye
Rasanya takde siapa yang berani nak tengok
ntah-ntah boleh pengsan :D
@
HIASAN KEPALA


Untukveil & side crown saya sewa ~ untuk 2 barang ini hanya RM 50.00
ikutkan veil saya mahu jahit tapi nanti lain pula jadi
kalau beli harganya memang tidak berbaloi
lepas ni make sure saya dah tak pakai

tudung saya pakai memang sedia ada cuma saya make over sikit je
@
HANTARAN
@
hantaran telah digubah sendiri oleh saya
main pakai hentam je~tangan saya memang tak berseni
tapi saya memang suka buat benda2 ni :)
malahan sirih junjung turut digubah sendiri oleh saya
nanti saya tunjukkan cara mengubah tuala menjadi cake
@


BILIK
@
Saya tidak membuat sebarang decoration hanya menukar cadar
Cadarpun saya tidak beli ~ memang simpanan ibu saya untuk anak lakinya tapi saya sudah guna dulu
nanti beli lain ya :)
Bukan apa saya teramat berkenan dengan cadar itu ~ sebab ada warna tema saya :P

Semua ini bergantung kepada hak individu bagaimana untuk mengguruskannya, paling penting majlis perlu berjalan dengan lancar dan selamat.

Jutaan terima kasih kepada my kazen Wanie & Mas [BfF] kerana sudi menjadi peneman saya,sanggup menolong saya dikala saya memerlukan seseorang. Disaat kawan-kawan yang lain jauh & tidak dapat hadir, tambahan sekarang saya sudah berpindah di Utara sedangkan mereka di Timur.

Buat teman yang tidak dapat hadir, saya teharu dengan perhatian korang

A big LOVE & hug 2 u all :)

15 December 2008

Alhamdullilah

Bersyukur kehadrat-Nya kerana majlis saya berjalan dengan lancar & teratur
Orang jauhpun datang & pulang dengan selamat ye ~ Alhamdullilah
Tens a lot kepada membe-membe blog yang mendoakan kebahgian & kelancaran majlis kami


LOVE u all

A BIG Congratulation to my cousin


CMIE & LINDA


selamat diijab kabulkan pada 13.12.08


11 December 2008

a big LOVE

Tens a lot kepada membe-membe blog
yang sudi mendoakan kebahagiaan & kesejehteraan saya
A big LOVE 2 u all

10 December 2008

acara lumba-lumba


saya mohon maaf andai beberapa hari ini
saya tidak dapat membalas @ muncul di blog anda
kerana saya akan bercuti untuk mengguruskan urusan mendirikan masjid & acara menyunting
saya juga terlalu sibuk dengan urusan opis sehingga saya tidak tahu apa yang saya lakukan


kadang2 macam blur je & tidak tahu hendak lakukan apa
mungkin kerana bahang itu semakin dekat
membuat saya agak gabra ~ saya agak cepat gelabah :)

tambahan wabak disunting di kejiranan saya
sekarang semakin merebak
rupanya bukan dalam rumah saya sahaja yang akan ada acara menyunting
tapi beberapa bunga dikejiranan juga akan disunting
tapi itu saya tidak kisah~terpulangla pada diaorang nak bertunang berapa ramaipun
malahan saya turut gembira

tapi yang buat saya agak tidak selesa
terdapat beberapa insan ni ~ insan ni bkn my family
seperti berlumba-lumba untuk berlawan
berlawan wang hantaran siapa yang paling tinggi
tolonglah..saya paling benci terlibat dalam acara seperti ini
saya cuma berminat dalam acara lumba lari je
saya bukan barang untuk dijual okeh

itu sebab saya tidak suka inform awal2
mengenai wang hantaran,


tu belum lagi nak banding-bandingkan
benda lain ~ etc : baju,barang hantaran & apa entah lagi yang nak dibandingkan
saya memang rimas berada dalam situasi begini


notakuku : saya pelik kenapa hantaran selain makanan dikatakan membazir ~ blur saya semakin blur


03 December 2008

maaf

tempat : dalam bilik,atas tilam
masa : pada satu petang
reaksi : berguling seperti blue hyppo

Masa lepak-lepak dengan seorang teman rapat yang teramat rapat

saya membuat rancangan tidak terperinci dengan memberi idea untuk bercuti,tidak kirala di mana-mana
tapi dalam fikiran saya mahu ke Terengganu @ cameron hingland kerana saya mahu mencari memoir silam di sana
tapi ayat yang dia balas adalah seperti ini

"yelah tu ko,ko dh bertunang mesti susah nak outing dengan ko.Manetau sikit-sikit kena halang"

"InyaAllah pekara itu tidak akan terjadi,saya tetap saya okeh"

***********************

saya tahu ramai yang beranggapan kalau sudah menjadi milik orang,kawan kita akan turut hilang dari kita
kenapa saya berkata bergitu? sebab saya turut berfikiran seperti itu
kenapa saya berfikiran seperti itu?kerana saya sudah mengalaminya
kebanyakkan (tidak semua ya) kawan saya yang sudah menjadi tunangan @ isteri some1
dia akan menyepi tanpa sebarang sms @ pun hanya akan mencari bila memerlukan teman untuk membuat sesuatu yang dia tidak mampu lakukn kerna tunangnya tiada
kadang-kadang SMS akan berkunjung bila dia mahu mengundang ke majlis pertunangan @ perkahwinan untuk menjadikan saya peneman a.k.a flower girl
atau memberi mssg kerana memerlukan seorang teman untuk bertandang ke 1 majlis perkahwinan seorang teman
@

saya tahu bila si gadis sudah menjadi isteri @ tunangan orang
dia perlu menjaga adab-adab kelakuan dan perlu menggurangkan aktiviti yang dilakukan sebelum disunting a.k.a di booked
saya bukan mahu "teman" saya berkelakuan tidak senonoh
cuma 1 pinta saya,janganla berubah hati dalam persahabatan ini
kerna setiap masa & detik dalam hidup ini kita sentiasa memerlukan KELUARGA & SAHABAT
cubala anda fikir,semasa majlis pertunangan @ perkahwinan anda
siapa yang anda nantikan?
@
saya tahu mesti akan ada yang berkata
saya cuma tahu berkata-kata sahaja sebab saya tidak menjadi hak milik orang lagi
Insya'Allah,selepas saya disunting a.k.a di booked
saya akan tetap seperti dulu
saya sentiasa berdoa agar hati saya kepada teman-teman akan tetap seperti dulu
kerana hidup saya akan terasa kosong tanpa insan bernama teman
dengan teman kita akan berkongsi segala- :)
saya sentiasa merindui sahabat-sahabat saya
@
**saya memohon maaf andai entri ini menguris a.k.a membuat anda terasa :D



01 December 2008

big congrates dear



26 November 2008

sape berani pakai

Ni antara lakaran baju untuk my day

burukkan??
Designer tengok pun leh menangis sebab
rekaan diaorang saya rosakkan~sori ya
nak wat cane, my idea
tyme ni kat kampung,lupa nak bawa balik magazine
sebab petang dah nak hantar pergi jahit
habis selongkar news paper
tambahan baru habis raya
so banyakla fesyen kat dalam paper
mane yang berkenan habis saya gunting
tapi nasibla petang 2 turun town
sempat rembat majalah NONA
sebab artis cover depan tu mengayakan rekaan yang saya mahu :)

ramai yang suggest saya buat kebaya
sorila yer makcik2..saya tak boleh pakai kebaya
nanti saya nampak pendek n gemuk~alasan semata2,xsedar diri tul
lagipun sayangla kain 2 wat baju yang saya tak nak pakai dah
harga untuk sepasang baju ni pun
saya leh pakai tuk makan selama 2 bulan tapi kerana nak bergaya
makan saya tolak tepi dulu :D~tp saya kena kutuk juga la sebab pilih colour y agak mgejutkan orang
tapi takpe saya terima dengan tabah..tengokla bila dh siap nanti :D
pasni baru saya tumpukan pada aktiviti makan memakan


Memang seronok bila uruskan persiapan untuk disunting
tapi kena tahan hati & jiwa la
tak boleh bershopping & berpoya-poya dalam beberapa bulan
habis je semua ni
tunggula ko Mall..akan saya daki-daki korang
27.Dec.08 sori pic ni sudah saya edit lain kerana saya rasa tidak sedap hati pula :)
tens a lot kepada membe2 blog yang sudi bagi komen dekat lakaran ini.Bersemangat sikit saya mahu terima lakaran ini sebab sebelum ini saya dapat tentangan untuk membuat baju seperti design ini :D
tak sabar nak tengok hasil nya :)